
Dulu masa aku kerja sebagai Radio DJ di Ria 89.7FM memang enjoy. Hari-hari on-air, buat radio program, buat VO. Memang kena ngan jiwa aku. Mula dengan Ria Mania show dengan Brader Bo, pastu anchor program sendiri, macam-macam kerenah listener... Lanun la, merbuk la... etc.
2007 aku balik ke Malaysia dengan harapan mengembangkan career di tana
h air. Join Suria FM. Tapi tak lama... Setahun jer. Tak betah aku... Mungkin aku masih tak leh adjust dengan cara penyiaran di Singapore kot!
2008 & 2009 - Pergh macam macam kerja aku buat... Aku masih mencarik apa yg aku nak. Then sangkut dengan company network marketing... Hmmm sah! Dah mmg minat aku bercakap & jumpa orang... Aku enjoy MLM company. Do training, meet
people, buat events, etc. Dalam masa yang sama sempat la jugak buat part time dengan Bernama Radio 24.

Awal 2010 - Aku dapat offer kerja di TIENS sebagai Regional Manager
Education & Training... Sapa tak happy!!!! 22 Feb aku terbang ke Chennai (Madras) dan mulakan tugas baru. Sejak tarikh tu, hidup aku berubah! Enjoy giler dengan kerja... travel around the world... Memang penat dowh! Tapi mmg best. Di sinilah minat dan jiwa aku di tumpahkan... bagi training, buat events, etc.
December 2010 - Tak sangka sepanjang tahun 2010 yang gembira ditutup dengan tirai sedih. 8 Dec, Mak pergi mengadap Ilahi. Waktu tu aku di Kolkata tengah sibuk dgn persiapan Convention TIENS South Asia. Bila aku dengan berita tu, aku jadi kompius... tak tau emosi aku nak respond camne... Dah la takde flight pagi. Malam tu baru aku dapat terbang ke KL dan sampai esok pagi... Mak aku dah aman bersemadi. Aku masih rileks jer sebab tak tau nak respond camne. Bila pergi kubur pun nangis sikit jer... Tak sampai 48 jam aku di Malaysia aku dah kena balik ke Kolkata. Yelah aku sedang menghadap big events dan tak mungkin aku serahkan pada orang lain last minute camtu kan... Sebelum aku balik, aku singgah ke pusara Mak sekali lagi... dan waktu itulah aku blow! Meraung...! Sedih, pilu sebab tak sempat jumpa Mak. Tapi aku redha... sebulan sebelum Mak meninggal, aku balik Malaysia & jaga dia di hospital. Waktu aku nak balik India, aku tau aku takkan dapat jumpa Mak lagi. Apa yang aku dengar Mak pergi dengan tenang sekali.

Kehidupan diteruskan. Berita tentang Mak cepat tersebar di Kolkata. Bila aku sampai, ramai distributor yg datang dan peluk aku. Terharu aku...
Episod 2010 aku tutup dengan penuh bergaya... aku tak sangka akan menyambut tahun baru 2011 di BANGLADESH! Yes! Di Dhaka... Kompius aku... mana nak celebrate?
Sekarang dah hampir setengah bulan berlalu selepas masuk tahun 2011. Banyak planning nak kena buat... Fokus terus... Untuk Mak... Aku kirimkan doa & Yasin semoga tenang di sisi-Nya
Ramlah Abdullah (1941 - 2010) Al-Fatihah!
cerita yang sangat terharu..!,
ReplyDeletesemoga semakin sukses ya bang sempoy,
turut berduka juga,maaf telat ucapinya,baru tau kalau mama abg sudah menghadap illahi semoga semua amal beliau diterima disisi Allah Swt,amiin ya robbalalamin..
Terima kasih uzy
ReplyDelete