Monday, January 17, 2011

BFF

Memang ramai yang sangsi bila aku beritahu yang aku bercuti seorang diri ke Kovalam... Tapi itulah hakikatnya aku ke sana seorang diri untuk mencari ketenangan dan merehatkan diri.

Bukan sekadar rehat kosong, sepanjang masa aku banyak melihat kejadian & kelakuan manusia yang aku berikan moral disebalik apa yang aku lihat.

Semasa aku sunbathing di hari kedua aku di Kovalam Beach, aku terlihat seorang pemuda datang ke pantai Lighthouse Beach. Dia mungkin menghidap polio semasa kecil dan berjalan menggunakan tongkat. Dia datang ke pantai bersama 3 lagi rakannya yang normal dan cukup sifat (dari pandangan mata aku la). Seperti biasa pada mulanyanya pemandangan itu cuma pemandangan biasa saja dan mereka sama seperti pengunjung di pantai yang lain...

Setelah beberapa ketika aku berjemur, aku nak pergi mandi... seperti biasa aku main ombak & surfing. Sedang aku leka mandi, aku ternampak pemuda tadi bersama 3 lagi rakannya turut gembira mandi tak berapa jauh dari situ. Hari tu cuaca amat baik dan ombak yang menghempas agak besar.

Secara logiknya jika kita dalam situasi pemuda cacat itu, pasti dia takut dengan ombak dari Laut Lakhsdaweep yang keras menggulung, namun pemandangan yang aku saksikan buatkan hati aku amat tersentuh. Ketiga tiga temannya yang normal itu tak pernah leka dan terlepas pandang membiarkan dia dari di bawa ombak... Alangkah kuatnya hubungan persahabatan mereka. 3 yang normal menjaga seorang yg kurang upaya dan mereka mandi bersama sama. Bukan tu saja, si pemuda yg tempang kakinya ini memberikan kepercayaan sepenuhnya pada 3 temannya dan dia tak memikirkan halangan & kekurangan yang ada. Sehingga dia masih boleh mendepakan kedua tangannya sambil menghadap ombak yang datang.

Bagaimana dia boleh mengharungi semua ini? Apa kekuatan yang dia ada? Jawapan yang aku dapat aku tafsirkan bila melihat hal itu ialah KEAKRABAN SEORANG TEMAN & PENUMPAHKAN KEPERCAYAAN KEPADA TEMANNYA.

Aku betul betul tersentuh. Terus aku memandang pada diri sendiri yang cukup sifat... Aku bertanya sendiri, adakah aku mempunyai rakan yang boleh aku berikan kepercayaan sepenuhnya?

Soalan yang sama cuba kau tanya kan pada diri kau sendiri...

Buat semua sahabatku... Mungkin jarak secara fizikal memisahkan kita tapi hati tetap dekat bersatu...

Sebahagian dari teman aku yang aku anggap seperti adik beradik (sorry lah.. yg lain tu bukan tak penting, tapi gambar tak jumpa la.. hehehhe)

Shana, Bad & family

Fiza O (Singapore) & Kent

Zue & Jas & Zati


Jimmy (Indonesia) & Shukri

No comments:

Post a Comment