Sunday, January 16, 2011

Kanniyakumari & Kovalam Beach

Akhirnya aku dapat update blog ni selepas 5 hari bercuti. Destinasi aku kali ni ialah Cape Comorin (Kanniyakumari) & Kovalam Beach.


13 Jan - Bertolak dari Chennai Egmore station ke Cape Station di Kanniyakumari. Naik tren Kanniyakumari Express mengambil masa selama 13 jam. Nasib baik aku dapat tiket 2A. Satu ruangan 4 orang... siap katil double decker lagi... Maklumla musim cuti Pongal, festival besar di Tamil Nadu, tiket tren memang susah nak dapat.


Dalam tren, aku berkenalan dengan young couple husband & wife, Mr & Mrs Yogesh nak balik kampung di Nagercoil, satu stesen sebelum Kanniyakumari. Dua dua keje IT kat Ford Motors di Chennai. Memang banyak yang dibualkan... Pengalaman pertama naik tren di India memang best... Perjalanan lancar jer... Pastu gerabak plak bergoyang slow macam duduk dalam buaian... sekejap jer aku dah ZZzzzzz...

14 Jan - 6.30am aku sampai di Cape Station. Berbekalkan buku LONELY PLANET INDIA, aku start jalan kaki menuju ke main road. Berhenti sekejap breakfast pastu sambung jalan kaki sampai ke Vivekanda memorial.


Tempat yang aku pergi tu adalah tanah daratan india yang paling selatan! Tanjung Kumari nama dia hehehehe Cape Comorin atau Kanyakumari tercatat dalam sejarah catatan pedagang sejak kurun pertama Masehi dalam catatan Periplus of the Erytharean Sea oleh pedagang Yunani Greek:

... there is another place called Comari, at which are the Cape of Comari and a harbour; hither come those men who wish to concentrate themselves for the rest of their lives, and bathe and dwell in celibacy; and women also do the same; for it is told that a goddess once dwelt here and bathed.


Apa yang digambarkan oleh pedagang Greek tu memang ada kebenarannya, dan sampai sekarang aktiviti kuno tu masih berlaku. Kebetulan waktu aku ke sana tu adalah masa perayaan Pongal, memang ramai umat manusia yg datang dan mandi di pantai. Sayangnya, dah memang menjadi perangai dan tabiat pengotor mereka.. kawasan tepi pantai berbatu tu penuh dengan sampah! Pemandangan yang menyedihkan!

Tak banyak yang nak di tengok di Kanniyakumari, sebab aku bukan hindu jadi takde masa aku nak mandi niat kat situ, so dah puas berjalan keliling kawasan Kumari Aman Temple dan melihat Vivekanda Memorial yang terletak di pulau kecil di hujung tanjung (They call it India's Statue of Liberty... hahahha)

Aku terus jalan kaki pergi ke Bus Stand Kanniyakumari menuju ke destinasi sebenar aku KOVALAM! Naik bas, turun bas... hampir 3 jam baru aku sampai Trivandrum, bandar di selatan negeri Kerala. Dari Trivandrum aku naik taxi auto ke Kovalam beach. Terus check in dan tak tunggu lagi... Terus pergi ke beach!

Kovalam Beach ada dua pantai, satu Howah Beach & satu lagi Lighthouse beach. Ada jajaran batu anjung batu yg memisahkan antara dua pantai yg letaknya bersebelahan. Hari pertama aku sampai aku ke Howah Beach... Best! bermain dengan ombak dari laut Laksdaweep... pasir putih dan air jernih kehijauan!


15 Jan - Second day di Kovalam aku ke Lighthouse Beach... That's it! I LOVE THIS PLACE! Memang tenang sekali suasana di pantai. Dari 8am sampai 7pm aku berjemur, main ombak, surfing. Pantainya pasir putih kehitaman dan air kehijauan! Di hujung pantai ada sebuah rumah api di mana pantai ni mendapat nama. Pemandangan memang best! Hilang segala masalah dalam dada... Kepala lapang jer....



16 Jan - Hari ni aku singkatkan sikit masa di pantai hanya sampai pukul 5pm jer sebab aku nak panjat rumah api tu dan nak tengok pemandangan dari atas... Memang berbaloi! Petang tu jugak aku ke Thapovan Heritage Home (www.thapovan.com). Rencana asal ada classical dance performance tapi atas sebab yg tak jelas, persembahan tu kensel dan diganti dengan pertunjukan Kalari Payat... best gak... Lepas performance dinner buffet di Thapovan dengan hill view facing sea memang superb!



17 Jan - Pukul 4.30am aku dah bangun.. kemas bag... pukul 5am aku checkout, call taxi auto driver yg aku janji semalam untuk jemput aku ke airport tapi tak datang... rupanya dia ingat nak datang pukul 5pm!!! Terpaksala carik alternative lain... panggil teksi lain, kena Rs500. Takpelah dah lambat... Terus shoot ke airport. Pesawat Air India IC 909 selamat terbangkan aku balik ke Chennai... And here I am, tired but puas! Updating my story yg agak ringkas bunyiknya... tapi terlalu banyak kenangan indah... I will come again!


No comments:

Post a Comment