
Petang tadi aku ke Elliot Beach yg tak berapa jauh dari rumah aku. Pantai ni bersambung dengan Marina Beach, the second longest beact in the world! (The longest beach di Cox Bazaar, Chittagong Bangladesh). Memang jadi kebiasaan petang petang begini kawasan tu penuh dengan orang yang datang. Piknik (indian style). Sejam lebih aku main ombak yang hari ni boleh tahan ganas jugak!
Sambil aku duduk di pantai, aku menyaksikan kerenah orang orang di situ. Ada yg mandi pakai saree, pakai punjabi suit, yang lelaki plak mandi pakai spender je.. hahahaha macam macam. Di pantai tu jugak banyak aktiviti seperti fun fair di malaysia tahun 1980-an. Carousel, khidmat telek nasib, etc.
Pandangan aku tak putus putus melihat ombak dan laut yang bergelora, dalam masa yang sama bayu laut menghembus udara nyaman. Aku benar benar menghargai kualiti hidup sekarang! Seperti ombak yang mengganas tu, aku umpamakan seperti jatuh bangunnya kisah hidup aku selama 34 tahun hidup. Namun bayu laut yang bertiup aku rasakan seperti kesenangan yang aku peroleh selepas jatuh susahnya melihat kehidupan yang lepas!
Entah kenapa, bila aku di pantai... jiwa aku tenang sekali. Sepanjang perjalanan pulang, aku lihat bermacam ragam manusia. Ada sekumpulan anak kecil dari kawasan slump (setinggan) berkejaran dengan ceria... bebas tanpa memikirkan kesusahan hidup mereka. Melihat pengemis mencari makan di tepi jalan, melihat anjing terbiar yg mencari makan di timbunan.
Aku melihat pada diri aku. Dengan keadaan aku yang sekarang ini mengira waktu menemui sang pencipta, adakalanya aku jadi begitu tertekan. Tapi melihat mereka di sekelilingku... aku masih berasakan hidup aku tidaklah seteruk mana. Ya... mungkin aku bertuah jika masih hidup dalam 5 ke 10 tahun yang akan datang... Dan aku tak herus memikirkan soal kematian yang pasti akan datang pada semua... Yang penting, sisa sisa nafas yang aku ada sekarang ini tak akan aku persiakan...
Terima kasih aku panjatkan pada Tuhan kerana masih beri aku kesempatan untuk merasai nikmat hidup yang selama ini aku sendiri sia siakan...





No comments:
Post a Comment