
Jam 7am alarm clock dari BlacBerry Torch aku dah memekak!!! Aku tak salahkan dia memekak sebab memang aku yang set bangun pukul 7am. Hari ni aku kena terbang ke Dhaka, Bangladesh.
Kemas beg aku sikit lebih kurang (actually tak kemas pun! campak jer) terus check out & breakfast. Flight pukul 11.30am so aku kena ada di airport by 9.30am. Tapi aku tau mesti delay punya sebab cuaca fog di Delhi mmg buat banyak pesawat delay.
Masa aku nak check in, aku terserempak 4 orang tablig dari Malaysia nak ke Dhaka jugak. Ada masalah sikit, sorang dari mereka tiketnya dibatalkan sebab takde dalam sistem... Tapi lepas mereka call travel agent di Malaysia semuanya OK.
Itu bukan hal sebenar aku nak share kat sini, selepas aku lepas security check, aku tengok masa masih banyak lagi, so aku pi breakfast di Mc Donald di aras 1 food court International Departure Terminal 3 Delhi. Lepas makan, aku layan internet sekejap, tengok hotel yang boleh aku book untuk next holiday di Langkawi valentine nanti. Dah puas surf, aku ronda ronda di kedai bebas cukai, melihat gajet & gizmo yg memang menjadi kegilaan aku (dan korang jugak kan!) Mula berangan, dapat bonus nanti nak beli satu... hehehe
Langkah aku seterusnya terarah ke kedai buku. Satu persatu buku aku belek, antara yang menarik perhatian ialah buku mengenai Maharaja di India. Satu dari artikel yang aku masih ingat ialah bila kota Hyderabad diberi kata dua samada untuk menyertai India atau Pakistan, pemerintah Hyderabad memilih untuk kekal sebagai sebuah independent city. Namun, tentera India menjarah masuk ke Hyderabad dan akhirnya bersatu bersama India di bawah negeri Andra Pradesh, atau maybe akan berada di bawah sebuah negeri baru yang akan muncul di sebalik pecahan Andra Pradesh iaitu Telangana. Memang menarik buku yang aku baca tu, penuh dengar gambar lama dan klasik serta kemegahan istana istana di India.
Terus aku tutup buku tu, dan aku belek belek lagi antara koleksi koleksi buku yang ada di rak. Selalunya kalau aku travel aku memang rajin beli buku atau majalah. Kalau buku aku beli buku motivasi (I know u will say "Boring!") atau kalau magazine aku beli lonely planet or national geographic. Tak pernah aku nak beli buku lain. Entah kenapa tiba tiba aku ada mood nak baca novel... belek satu persatu & yang menarik perhatian aku ialah novel EAT PRAY LOVE by Elizabeth Gillbert. Aku kenal buku tu lama dah aku tengok kat rak. More than 10 milion copies sold. And recently Julia Roberts berlakon dalam filem dari adaptasi novel ni tahun lepas (belum tengok lagi)
Aku consider baru nak kenal novel ni, aku baca first page, continue second page, continue third page.... end up aku bawak ke kaunter, bayar 350 rupee dan dengan rasminya aku memiliki novel cinta pertama dalam hidup aku hahahahah! Sepanjang aku tunggu pesawat Biman Bangladesd BG 68, sepanjang dalam pesawat... aku leka baca dan meneliti gaya penulisan minah ni (Penulis sama novel THE LAST AMERICAN MAN). Ada kala aku ketawa sendiri melihat gaya menulisan dia yg agak sempoi dan kelakar. Bermula dari penceritaan tentang japa mala (biji-biji tasbih yg dipakai orang hindu) yang mengandungi 108 butir, dia menggarap novel ini dalam 108 bahagian dan butir yang ke 109 seperti hujung tasbih, selalunya digunakan dalam upacara keagamaan hindu, mereka akan mengucapkan syukur dah terima kasih kepada guru guru mereka, begitu juga penceritaan yang ditulis dalam novel ni.
Menariknya, setakat bab 17 yang aku baru baca ni, aku rasa touching sangat sebab banyak persamaan watak utama tu dengan aku... Aku seolah membaca kisah hidup aku... isk! Perasaan ni membuatkan aku nak teruskan baca novel ni sampai habis, baca perlahan lahan... Aku mula rasa nak cari movie yang Julia Robert berlakon tu tapi aku hanya akan tonton selepas aku habis baca novel ni.
Aku baru sampai & check in di Hotel Washington di Dhaka. Berhenti baca sekejap, get myself settle down & nanti sambung lagi. Di TV sekarang tengah live telecast dari Melbourne. Australian Open. Waktu aku tulis blog ni, Rafael Nadal (rank 1) baru lepas belasah bintang muda Australia yang semakin bersinar, Bernard Tomic (Rank 199) 6-2, 7-5 & now tengah main 3rd round.
Waktu di Dhaka baru kul 6pm (8am waktu Malaysia) tapi dah gelap giler. Aku nak gi gym sekejap, relax di hotel sauna, mandi, dinner & sambung baca novel cinta ni... Bukan setakat cinta jer. Sebab banyak persamaan dengan kisah hidup aku, aku amik la juga teladan kisah minah ni...
Tapi sebelum tu... selesaikan tengok Nadal dulu... hahahahah

No comments:
Post a Comment