Bosan!
Hari hari yang penat! Sepanjang hari aku di luar, meeting dengan EO untuk convention di Dhaka & Chittagong bulan Feb nanti.
Di bilik hotel, aku cuma bertemankan cable TV; dari HBO, Star Sport, Star Word, Diva International, Discovery Channel, National Geographic, TLC, stc.
Sambil tu aku duk surfing internet... Seperti biasa aku akan surf perkataan perkataan atau perkara yang menarik minat aku atau apa yang aku lihat di TV.
Salah satu program TV memaparkan Piramid Giza. Aku teringat tentang artikel yang pernah aku baca. Piramid adalah satu satunya 7 wonders of the world yang terawal dan masih kekal hingga ke hari ini. 6 yang lain ialah:
Semua monumen tu dah runtuh samada bencana alam, gempa bumi, faktor masa dan perang jugak. Satu tabik spring diberikan pada Piramid Giza yang masih utuh.
Terus aku surf satu lagi website www.new7wonders.com. Website ni berdasarkan undian dimana kita boleh mengundi new 7 wonders of the world yang baru. Namun Piramid Giza protes sebab sebagai satu satunya ancient 7 wonders yang masih utuh, kenapa ia perlu bersaing lagi dengan monument monument yang lain yang jauh lebih muda usianya. Jadi nak sedapkan hati, Piramid dikeluarkan dari nomination dan dianugerahkan Honorary wonder monument... berada dalam kelasnya yang tersendiri.
Pada 7 July 2007, ketika aku sedang mengaracakan satu acara konsert Bumi Hijau di KL. Hari yang sama pengumuman telah dilakukan di Lisbon, Portugal memilih 7 wonders yang baru. Berdasarkan undian, monumen yang terpilih ialah:
- Chichen Itza Mexico (Piramid kaum Maya)
- Christ Redeemer Brazil
- Colosseum Italy
- Great Wall China
- Taj Mahal India
- Petra Jordan
- Machu Piccu Peru (Inca civilization)
Undian diterima dari lebih 100 juta penduduk dunia yang vote di website dan juga telefon.
Selesai New 7 wonders of the world, sekarang ada satu lagi kempen iaitu New 7 Wonders of Nature. Proses pemilihan dan pengundian sedang berlangsung sekarang.
Dari December 2007 hingga 7 July 2009, lebih 440 pencalonan dari lebih 220 negara diterima. Dari jumlah tersebut sebanyak 77 pencalonan telah layak ke peringkat kedua dan salah satunya ialah PULAU SIPADAN. Pada 21 July 2009 dari 77 pencalonan dikecilkan lagi ke final top 28. Sayang Sipadan tak terpilih, namun begitu senarai yang tak terpilih tu tetap di simpan dan dikenali sebagai RESERVE LIST. Reserve list ni penting mana la tau antara 28 finalist tu ada yang terkeluar kerana tak memenuhi syarat & terma yang ditetapkan makan senarai reserve list akan dikeluarkan.
Sekarang ni proses global voting sedang berlangsung sekarang dan result akan diumumkan tahun ini pada 11 Nov 2011 (11.11.11)... 290 hari saja lagi!!! Kalau rasa nak jadi pengundi tu silalah mengundi di website www.new7wonders.com.
How to Vote?
Yang best tentang website ni, undian tu bukan berhenti setakat tu jer. Banyak lagi kategori pasni & kita boleh suggest, contohnya:
- 7 flowers
- 7 kodok
- 7 penyamun
- 7 itu
- 7 ini
Kalau korang tanya aku... aku nak suggest NEW 7 WORLD HERO
Apa kata korang pi tengok sendiri & jangan lupa mengundi... Jadilah umat dunia yang berguna... huhuhu


No comments:
Post a Comment