Thursday, January 27, 2011

Homesick!

Aku baru masuk ke office hari ni setelah hampir seminggu aku di Delhi, Dhaka & Chittagong (Bangladesh). Banyak kerjaan yang belum beres! Yang penting aku kena selesaikan sebelum 2 Feb.

Dua hari lepas aku terbaca thread FB adik aku (Boboi Moncet) dia spent weekend di kampung bersama ayah, breakfast, lunch & dinner together. Tiba-tiba entah kenapa perasaan cemburu datang. Aik?? Hmmm sejak Mak takde ni aku rasa semakin nak mendekatkan diri dengan orang tua. Tambah pulak bila menonton iklan Petronas sempena Tahun Baru Cina tahun ni buat aku makin melonjak hati nak jumpa Ayah.

Perasaan tak sabar nak balik ke Malaysia mula menebal! Nak balik kampung jumpa ayahanda tercinta, nak minum teh paling sedap... Banyak nak nak aku bualkan dengan orang tua tu. Sejak Mak meninggal... aku belum balik lagi ke kampung. banyak nak aku bualkan dengan Ayah. Waktu aku nak balik ke India sehari lepas Mak meninggal, Ayah peluk aku tengah erat... mengalir air mata lelaki tu buat hati aku sayu. "Mi, Mak kau dah takde... lepas ni kau jangan kau jauhkan diri dari keluarga" Air mata aku sendiri turut basah mengingatkan hal itu. Belum lagi pelukan erat dari Kak Lit, kakak aku yang paling sulong. Berkali-kali dia bagi nasihat dan memberitahu betapa dia sayangkan aku! Hati siapa yang tak runtuh mendengarnya?


Ayah dari sifatnya yang aku kenal sejak aku dah boleh mengenal dunia, orangnya serius. Tak banyak cakap. Masa muda orangnya GARANG! Seram... Tapi sekarang dah slow down. Satu perkara yang aku respect tentang Ayah, dia ni suka membaca. Banyak buku-buku falsafah seperti nukilan HAMKA & ZAABA yang dia baca. Novel pun ada jugak. Aku rasa di situlah aku turut jejak dia. Lebih menarik lagi bila Ayah memberi kata-kata yang penuh falsafah hidup. Aku masih ingat Ayah pesan "Jangan di padang orang kita memijak, di padang sendiri kita bertenjet" dan banyak lagi.

Hampir dua bulan Mak pergi. Masih tak puas aku nak menziarah Mak di pusara. Waktu Mak meninggal, aku cuma sempat balik kurang 48 jam jer sebab waktu tu tengah sibuk dengan event di Kolkata. Dan kali ni aku rasa melonjak hati nak balik!!! Rindu dengan Ayah. Nak berbual panjang. Nak makan kat rumah Kak Lit. Nak lawat Tok Odah. Suaminya Tok Aim baru meninggal minggu lepas. Bukan orang lain, pakcik kepada Ayah.

Kalau dulu aku sering tak betah balik kampung. Baru duduk sekejap dah panas bontot nak balik KL. Insyaallah kali ni lama sikit anakanda balik kampung ye...

Dah setahun aku merantau. Alhamdulillah, bonus dah keluar (tapi dah habis semua bagi kat adik-adik aku buat bayar yuran belajar), gaji kat India dah keluar, minggu ni nak gi shopping beli something untuk keluarga dan kawan-kawan di Malaysia. Gaji di Malaysia hari Isnin baru keluar. Apa yang dapat aku borong dulu lah!

Kalau Ayah setuju, aku nak bawak dia dan adik-adik aku ke Penang, tukar angin & spend time. Banyak kenangan baru aku nak cipta dengan orang tua ni selagi kudrat masih mampu!

Kurang dari seminggu lagi... Siapkan semua kerja sebelum membayangkan wajah Ayah di depan aku.

2 comments: