Bulan Februari lepas aku balik ke Malaysia. Lawat ayah di kampung. sedih pulak tengok ayah sendiri di rumah. Ayah pernah bisik kat aku waktu aku nak balik ke India 2 hari selepas Mak meninggal "Mak kau dah takde, jangan kau buang keluarga..." Aku ingat lagi pesan ayah. Lalu aku amik keputusan balik ke Malaysia for good.
Aku balik ke India sekejap, ambil lebihan barang-barang yang masih ada. (Banyak jugak! sampai aku kena bayar extra baggage RM900!) dan pulang semula ke Kuala Lumpur.
Aku yakin keputusan yang aku buat adalah yang terbaik. Berada dekat dengan Ayah. Boleh jenguk muka bila bila free & insyaallah bulan June ni aku hantar dia ke tanah suci untuk Umrah.
Hidup di KL semula, memang best! Penuh dengan aktiviti. Keluar dengan GF, BFF, pergi tengok teater, bergosip, etc. Tak la kosong hidup ni! Maklumlah.. dunia nak kiamat, so live live to the fullest! hahaha
No comments:
Post a Comment