Aku masih ingat tarikh 26 Dec 2004, ketika aku sedang bersiaran di konti Ria 89.7FM kendalikan rancangan Ria Mania, tiba-tiba news editor bergegas masuk dan menyerahkan berita panas "Gempa bumi di Indonesia". Tak sampai beberapa lama selepas aku baca berita tu, datang satu lagi berita, dan aku menjadi orang pertama yang menyampaikannya "Tsunami di Aceh" 5,000 di khuatiri terkorban.
Dari angka awal 5000 orang, jumlah korbang meningkat ke 240,000 nyawa termasuk di beberapa negara di Asia malah turut menghentam pesisir Afrika. Bencana itu menjadi bencana terburuk sejak gunung berapa Krakatoa meletup dan tsunami besar direkodkan!
Sudah 7 tahun berlalu, dunia sana-sini masih terus digegarkan. Port-Au-Prince turut dilandah bah besar ini tahun 2010.
Jepun - Sebelum ini bandaraya Kobe ranap pada tahun 1995 akibat gempa. Di gelar "Great Hanshi Earthquake" pada kekuatan 7.2 magnitud meranapkan kota tersebut. 11-03-11 : Bumi bergoncang lagi. Kali ini lebih kuat daripada biasa. Gegaran pada kekuatan 8.9 magnitud turut menghasilkan gelombang tsunami setinggi 10 meter. Bandar Sendai paling teruk terjejas. Tokyo juga tidak terkecuali. Air melimpah sehingga ke lapangan terbang Sendai.
Bukan sahaja Jepun, malah banyak lagi negara negara di kawasan Pasifik mengeluarkan amaran tsunami; Rusia, Filipina, Hawaii, pesisir pasific di A.S. Malay penduduk di pesisir kawasan di barat Sabah juga turut diminta berjaga jaga.
Setakat ini lebih 8000 dilaporkan masih hilang. Dan tak mustahil angka ini bertukar menjadi angka korban dan akan terus meningkat.
Bezanya kejadian tsunami ini dengan tsunami di aceh, mereka telah mendapat amaran awal tentang kadatangan tsunami. Lautan pasifik lengkap dengan alat pemantauan tsunami. Tapi waktu bah melanda Aceh, belum ada alat pengesan tsunami dipasang di laut hindi. Maka ramai yang tidak mendapat amaran awal. Ramai yang dihanyutkan banjir tanpa mendapat sebarang amaran awal.
Sejak berlakunya gegaran 8.9 magnitud, Jepun terus digegarkan dengan lebih 50 gegaran susulan pada purata kekuatan 6.7 skala richter.
Kepada semua yang berapa di Jepun, seluruh dunia meratapi... Entah kenapa, dalam banyak-banyak bencana alam, aku begitu terkesan dengan tsunami. Mungkin sejak aku pergi melihat sendiri kerosakan yang dihasilkan di Aceh selepas 100 hari bencana.
Bumi semakin tua, 2012 dah tak lama lagi. Rentetan ketidakstabilannya memberikan peringatan supaya kita saling berharmoni dan ingat tentang kehidupan yang kekal di SANA.
Kepada yang tewas disebalik limpahan bah dan timbunan sampah... Aku hulurkan doa semoga roh kamu semua tenang dan bebas...
No comments:
Post a Comment