Thursday, July 7, 2011

Bersih 2.0


Gerakan Bersih 2.0 kini menanti hari. Dalam perbagai tekanan maha hebat yang dikenakan oleh petualang sekongkol penggamat paling riuh di Parlimen, keluarga perca kuning terus fokus memastikan hari 9 Julai tetap terlaksana.

Bukan susah pun, sekadar menuntut kebersihan dalam Pilihanraya, apsal nak takut? 8 perkara yang dituntut aku rasa memang munasabah:

Tuntutan Segera Perhimpunan BERSIH 2.0

1. Bersihkan senarai undi

• Senarai undi harus dibersihkan dengan segera untuk menyingkirkan ‘pengundi hantu’ seperti orang yang telah meninggal.

• Pendaftaran pengundi automatik yang diselarikan dengan senarai Jabatan Pendaftaran Negara boleh menyelesaikan masalah pengundi hantu dalam jangka masa panjang.

2. Mereformasikan undi pos

• SEMUA pengundi seharusnya dibenarkan untuk mengundi melalui undi pos atau mengundi lebih awal sekiranya seseorang individu itu tidak dapat berada di kawasan pengundian semasa hari mengundi.

• Anggota polis dan tentera yang tidak bertugas harus mengundi seperti biasa pada hari mengundi.

• Undi pos mesti dijalankan dengan telus! Agen parti politik harus dibenarkan untuk memantau proses undi pos.

3. Gunakan dakwat kekal

• Penggunaan dakwat kekal boleh mengelakkan seseorang (atau pengundi hantu) daripada mengundi beberapa kali.

4. Masa kempen minima 21 hari

• Masa yang lebih panjang diperlukan untuk calon menyebarkan maklumat, terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman. Contohnya, pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini diberi masa kempen 10 hari sahaja.

• Pada 1955, ketika era pemerintahan penjajah, pilihanraya mempunyai masa kempen sepanjang 42 hari. Manakala semasa Pilihanraya Umum ke-12 pada 2008, masa kempen 8 hari sahaja.

5. Akses media yang bebas dan adil

• RTM dan Bernama adalah agensi media yang dibiayai oleh kerajaan. Mereka sepatutnya memberi liputan yang seimbang dan adil untuk semua parti yang bertanding.

• Parti politik harus dibenarkan untuk membuat pengiklanan tanpa sebarang diskriminasi dan penapisan.

• Ini adalah mengenai keadilan! Semua media perlu memberikan hak untuk semua parti membalas kepada tuduhan-tuduhan negatif terhadap mereka.

6. Kukuhkan institusi awam

Institusi awam dan kakitangan kerajaan harus tidak berat sebelah dan menegakkan undang-undang dan demokrasi. Institusi awam harus direformasikan supaya bertindak secara bebas, menegakkan undang-undang dan melindungi hak asasi manusia.
Contohnya :

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hendaklah memastikan pilihanraya yang bebas dan adil.

Badan Kehakiman harus memelihara kebebasannya dan menegakkan kedaulatan undang-undang tanpa gentar atau memihak.

Peguam Negara perlu bertindak secara tidak berat sebelah dan mengutamakan kepentingan rakyat.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia harus bertindak dengan adil dan menghentikan pendakwaan selektif dan penyalahgunaan kuasa.

Polis Di Raja Malaysia perlu bertindak secara profesional dalam melaksanakan tugas dan menegakkan kedaulatan undang-undang.

7. Hentikan rasuah

Rasuah adalah kegiatan mencuri dari rakyat untuk kepentingan peribadi. Rasuah menyebabkan orang kaya bertambah kaya dan golongan miskin semakin miskin.

Pembelian undi harus dihentikan!

Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 mesti dikuatkuasakan.

8. Hentikan politik kotor

BERSIH 2.0 menuntut SEMUA parti politik untuk menghentikan politik kotor.


Kemudian datang pula suara suara sumbang "Malaysia kalau dipimpin oleh parti pembangkang, akan menjadi seperti Greece!"

Huiiii cakap tak berlagu betul depa ni... tau tak kemusnahan Greece sekarang ni salah satunya kerana kerajaan yg korup? Malaysia kini sudah terarah ke arah itu!

Tunaikanlah tanggungjawab anda demi Malaysia yg lebih Bersih!

Monday, March 28, 2011

I am happy for you

I open my lappy this morning, the first thing I got an invitation from my ex-bf to go to KARMAKAMET facebook page.

Looking at him and his successful business and handsome bf. I am happy for him. All memories I built together with him I keep it to myself. I blame no one but myself then but as the time pass by, I realize why should I put the blame to me?

I am moving on, I am in love with another guy and I shouldn't keep thinking about him. It's been more than 8 years.

I pick up my phone, type a congratulation sms and key in his number. Gosh! I still remember every single digit of his number... That is LOVE.

I know I smile in hurt but for his best, why should I feel hurt. That is self centered! I have been self centered so many years till I lost many things. I have something valuable to me now and I will keep it preciously.

His success because he is focus of what he want. I should do the same!

To my Luke, congratulation to you...

Tuesday, March 22, 2011

Harimau Mati Meninggalkan Belang

Tiba tiba hari ni aku dapat satu tag dari seseorang di Singapura, ternyata si dia ini create satu flash montage tribute to me!

Lol! I left Radio MediaCorp 2007 and now 2011. Masih ada yang ingat aku. Memang rindu nak balik ke Singapura dan buat radio show. Mungkin aku akan urakan kepada Zakiah Halim & Hassan Salleh kalau boleh aku datang and on air untuk satu jam pun cukup! Rindu dengan suara-suara mereka di Singapore.

Aku tinggalkan Ria 89.7FM ketika nama masih di puncak, ada baiknya juga. Daripada bila dah suam suam kuku baru nak terhegeh hegeh turun.

Harimau mati meninggalkan belang, Aku harap bila aku mati, nama sempoi masih ada orang ingat...

Watch appended video:


Kedua dua video tu adalah snippet sepanjang karier aku di Singapore, especially waktu aku mengacarakan konsert terakhir aku bersama mereka sebelum aku balik ke Malaysia.

Those were the days!

Friday, March 11, 2011

Gempa gempa gempa



Aku masih ingat tarikh 26 Dec 2004, ketika aku sedang bersiaran di konti Ria 89.7FM kendalikan rancangan Ria Mania, tiba-tiba news editor bergegas masuk dan menyerahkan berita panas "Gempa bumi di Indonesia". Tak sampai beberapa lama selepas aku baca berita tu, datang satu lagi berita, dan aku menjadi orang pertama yang menyampaikannya "Tsunami di Aceh" 5,000 di khuatiri terkorban.

Dari angka awal 5000 orang, jumlah korbang meningkat ke 240,000 nyawa termasuk di beberapa negara di Asia malah turut menghentam pesisir Afrika. Bencana itu menjadi bencana terburuk sejak gunung berapa Krakatoa meletup dan tsunami besar direkodkan!


Sudah 7 tahun berlalu, dunia sana-sini masih terus digegarkan. Port-Au-Prince turut dilandah bah besar ini tahun 2010.


Jepun - Sebelum ini bandaraya Kobe ranap pada tahun 1995 akibat gempa. Di gelar "Great Hanshi Earthquake" pada kekuatan 7.2 magnitud meranapkan kota tersebut. 11-03-11 : Bumi bergoncang lagi. Kali ini lebih kuat daripada biasa. Gegaran pada kekuatan 8.9 magnitud turut menghasilkan gelombang tsunami setinggi 10 meter. Bandar Sendai paling teruk terjejas. Tokyo juga tidak terkecuali. Air melimpah sehingga ke lapangan terbang Sendai.

Bukan sahaja Jepun, malah banyak lagi negara negara di kawasan Pasifik mengeluarkan amaran tsunami; Rusia, Filipina, Hawaii, pesisir pasific di A.S. Malay penduduk di pesisir kawasan di barat Sabah juga turut diminta berjaga jaga.

Setakat ini lebih 8000 dilaporkan masih hilang. Dan tak mustahil angka ini bertukar menjadi angka korban dan akan terus meningkat.

Bezanya kejadian tsunami ini dengan tsunami di aceh, mereka telah mendapat amaran awal tentang kadatangan tsunami. Lautan pasifik lengkap dengan alat pemantauan tsunami. Tapi waktu bah melanda Aceh, belum ada alat pengesan tsunami dipasang di laut hindi. Maka ramai yang tidak mendapat amaran awal. Ramai yang dihanyutkan banjir tanpa mendapat sebarang amaran awal.

Sejak berlakunya gegaran 8.9 magnitud, Jepun terus digegarkan dengan lebih 50 gegaran susulan pada purata kekuatan 6.7 skala richter.

Kepada semua yang berapa di Jepun, seluruh dunia meratapi... Entah kenapa, dalam banyak-banyak bencana alam, aku begitu terkesan dengan tsunami. Mungkin sejak aku pergi melihat sendiri kerosakan yang dihasilkan di Aceh selepas 100 hari bencana.

Bumi semakin tua, 2012 dah tak lama lagi. Rentetan ketidakstabilannya memberikan peringatan supaya kita saling berharmoni dan ingat tentang kehidupan yang kekal di SANA.

Kepada yang tewas disebalik limpahan bah dan timbunan sampah... Aku hulurkan doa semoga roh kamu semua tenang dan bebas...

Bangau balik ke belakang kerbau

Dah setahun aku cuba mencatur hujan emas di negeri orang. Macam-macam yang aku tempuh. Teman yang ramai, staff yang macam-macam kerenah, boss yang best, colleuge yang rasa cam kena penampar, dll.

Bulan Februari lepas aku balik ke Malaysia. Lawat ayah di kampung. sedih pulak tengok ayah sendiri di rumah. Ayah pernah bisik kat aku waktu aku nak balik ke India 2 hari selepas Mak meninggal "Mak kau dah takde, jangan kau buang keluarga..." Aku ingat lagi pesan ayah. Lalu aku amik keputusan balik ke Malaysia for good.

Aku balik ke India sekejap, ambil lebihan barang-barang yang masih ada. (Banyak jugak! sampai aku kena bayar extra baggage RM900!) dan pulang semula ke Kuala Lumpur.

Aku yakin keputusan yang aku buat adalah yang terbaik. Berada dekat dengan Ayah. Boleh jenguk muka bila bila free & insyaallah bulan June ni aku hantar dia ke tanah suci untuk Umrah.

Hidup di KL semula, memang best! Penuh dengan aktiviti. Keluar dengan GF, BFF, pergi tengok teater, bergosip, etc. Tak la kosong hidup ni! Maklumlah.. dunia nak kiamat, so live live to the fullest! hahaha

Thursday, January 27, 2011

Homesick!

Aku baru masuk ke office hari ni setelah hampir seminggu aku di Delhi, Dhaka & Chittagong (Bangladesh). Banyak kerjaan yang belum beres! Yang penting aku kena selesaikan sebelum 2 Feb.

Dua hari lepas aku terbaca thread FB adik aku (Boboi Moncet) dia spent weekend di kampung bersama ayah, breakfast, lunch & dinner together. Tiba-tiba entah kenapa perasaan cemburu datang. Aik?? Hmmm sejak Mak takde ni aku rasa semakin nak mendekatkan diri dengan orang tua. Tambah pulak bila menonton iklan Petronas sempena Tahun Baru Cina tahun ni buat aku makin melonjak hati nak jumpa Ayah.

Perasaan tak sabar nak balik ke Malaysia mula menebal! Nak balik kampung jumpa ayahanda tercinta, nak minum teh paling sedap... Banyak nak nak aku bualkan dengan orang tua tu. Sejak Mak meninggal... aku belum balik lagi ke kampung. banyak nak aku bualkan dengan Ayah. Waktu aku nak balik ke India sehari lepas Mak meninggal, Ayah peluk aku tengah erat... mengalir air mata lelaki tu buat hati aku sayu. "Mi, Mak kau dah takde... lepas ni kau jangan kau jauhkan diri dari keluarga" Air mata aku sendiri turut basah mengingatkan hal itu. Belum lagi pelukan erat dari Kak Lit, kakak aku yang paling sulong. Berkali-kali dia bagi nasihat dan memberitahu betapa dia sayangkan aku! Hati siapa yang tak runtuh mendengarnya?


Ayah dari sifatnya yang aku kenal sejak aku dah boleh mengenal dunia, orangnya serius. Tak banyak cakap. Masa muda orangnya GARANG! Seram... Tapi sekarang dah slow down. Satu perkara yang aku respect tentang Ayah, dia ni suka membaca. Banyak buku-buku falsafah seperti nukilan HAMKA & ZAABA yang dia baca. Novel pun ada jugak. Aku rasa di situlah aku turut jejak dia. Lebih menarik lagi bila Ayah memberi kata-kata yang penuh falsafah hidup. Aku masih ingat Ayah pesan "Jangan di padang orang kita memijak, di padang sendiri kita bertenjet" dan banyak lagi.

Hampir dua bulan Mak pergi. Masih tak puas aku nak menziarah Mak di pusara. Waktu Mak meninggal, aku cuma sempat balik kurang 48 jam jer sebab waktu tu tengah sibuk dengan event di Kolkata. Dan kali ni aku rasa melonjak hati nak balik!!! Rindu dengan Ayah. Nak berbual panjang. Nak makan kat rumah Kak Lit. Nak lawat Tok Odah. Suaminya Tok Aim baru meninggal minggu lepas. Bukan orang lain, pakcik kepada Ayah.

Kalau dulu aku sering tak betah balik kampung. Baru duduk sekejap dah panas bontot nak balik KL. Insyaallah kali ni lama sikit anakanda balik kampung ye...

Dah setahun aku merantau. Alhamdulillah, bonus dah keluar (tapi dah habis semua bagi kat adik-adik aku buat bayar yuran belajar), gaji kat India dah keluar, minggu ni nak gi shopping beli something untuk keluarga dan kawan-kawan di Malaysia. Gaji di Malaysia hari Isnin baru keluar. Apa yang dapat aku borong dulu lah!

Kalau Ayah setuju, aku nak bawak dia dan adik-adik aku ke Penang, tukar angin & spend time. Banyak kenangan baru aku nak cipta dengan orang tua ni selagi kudrat masih mampu!

Kurang dari seminggu lagi... Siapkan semua kerja sebelum membayangkan wajah Ayah di depan aku.